COVER MODUL LITERASI ICT 2015

PRAKATA

Dalam menghadapi dunia ledakan maklumat, penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Keperluan ini akan menjurus kepada peningkatan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam ICT sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan  insan yang seimbang dan harmonis serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu.

Modul ICT ini dihasilkan dengan harapan agar dapat menjadi ‘one stop reference’ kepada semua pendidik dan pelajar serta orang ramai. Dengan adanya modul ini, para pendidik bolehlah membuat perancangan yang lebih rapi serta dapat menentukan halatuju program literasi ICT yang dirancang. Ini bagi mengoptimumkan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian masing-masing.

Team Personalized Learning, Fakulti Pendidikan, UKM telah mengambil inisiatif dengan menggabungkan usaha semua pihak yang terlibat untuk menghasilkan ‘one stop reference’ ini bagi memudah cara proses pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar Orang Asli dan masyarakat di luar sana. Kerjasama dilakukan atas budi bicara semua pihak untuk melihat program literasi ICT ini berjaya dan mampu menarik minat masyarakat Orang Asli untuk mempelajari ilmu ICT.

Penghasilan modul ICT ini merupakan usaha sama pihak Akzo-Nobel Malaysia dan JKKK, ibu bapa dan pelajar-pelajar Kg.Belihoi, Mantin yang dijadikan sebagai kajian rintis untuk menggunakan modul ICT ini. Saya berharap agar modul ICT ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga pendidik dan pelajar Orang Asli khususnya serta masyarakat umum amnya dalam menghadapi dunia globalisasi serta memartabatkan mutu pendidikan dan ICT setaraf dunia.

PENGENALAN

Dalam era globalisasi ini, kebanyakan negara berlumba-lumba untuk mengambil manfaat dari ICT dengan cara membangunkan dan menggalakkan penggunaan ICT dalam kegiatan seharian rakyat mereka. ICT merupakan teknologi yang berkuasa dalam kepantasan dan keberkesanan untuk mengubah kualiti hidup masyarakat termasuk golongan terpinggir seperti masyarakat Orang Asli dan Peribumi di Malaysia.

Modul Pengajaran dan Pembelajaran ICT ini terdiri daripada enam (6) modul. Modul ICT ini dibina bertujuan untuk membentuk satu pakej pembelajaran kandungan kendiri yang direka bentuk dengan terancang dan sistematik yang menggabungkan kaedah pembelajaran yang fleksibel secara individu, berkelompok atau bersama guru, pendidik. Selain itu, membolehkan pelajar membangunkan projek yang mengaplikasikan kemahiran menggunakan Microsoft Office, Penggunaan Internet, Penggunaan pelantar WordPress.

Modul 1: Modul ini menjelaskan mengenai topik-topik pengenalan terhadap ICT. Modul ini mengandungi enam unit yang merangkumi semua pengenalan asas mengenai perkakasan, perisian serta komponen-komponen komputer.

Modul 2: Modul Microsoft Word merupakan satu perisian yang berada dalam Microsoft Office. Dalam modul ini mengandungi sepuluh unit yang melibatkan perkara-perkara asas menggunakan aplikasi Microsoft Word. Perkara paling asas adalah cara untuk menaip, disusuli sehingga antara muka MS Word.

Modul 3: Modul Microsoft PowerPoint pula merupakan satu aplikasi untuk mempersembahkan sesuatu hasil karya pelajar atau individu. Penggunaan MS PowerPoint ini lebih kepada mempersembahkan teks, animasi, gambar-gambar, ikon dan grafik yang lain. Modul ini mengandungi enam unit kecil merangkumi dari cara membuka slaid persembahan baru sehingga menghasilkan poster individu.

Modul 4: Modul Microsoft Excel terdiri daripada tiga unit sahaja. Pembelajaran asas sahaja diperkenalkan dalam modul ini seperti kira-kira, melukis graf dan menyusun data ke dalam MS Excel. Rumus dan formula asas matematik akan digunakan secara keseluruhan dalam MS Excel ini. Penggunaan MS Excel ini adalah untuk memudahcara seseorang individu untuk membuat kira-kira yang asas, sederhana mahupun yang kompleks termasuk menghasilkan graf.

Modul 5: Modul Internet pula memperkenalkan perkara-perkara asas dalam menggunakan Internet. Modul ini mengandungi tujuh unit merangkumi dari pengenalan kepada Internet sehingga pembelajaran menghasilkan emel peribadi dan cara penggunaannya. Pengguna modul akan lebih memahami browser yang seringkali digunakan sebelum ini dan ikon-ikon yang sering ditemui dalam penggunaan Internet.

Modul 6: Modul WordPress ini merupakan satu platform percuma untuk aktiviti blog yang diusahakan oleh sekumpulan komuniti yang sama mengusahakan WordPress.org iaitu satu perisian memblog secara sumber terbuka (Open Source). Terdiri daripada dua unit sahaja yang merangkumi cara-cara untuk mendaftar blog dan cara-cara untuk menulis di dalam blog.

 cover 3           cover belakang

Advertisements
Image | Posted on by | Leave a comment

Learning Analytics

Definition of Learning Analytics 

  1. Learning analytics is the measurement, collection, analysis and reporting of data about learners and their learning contexts, in order to understand and optimize learning and the environments in which it occurs.
  2. Use learning analytics for: learner success, use of university services, predicting at-risk learners, understand help-seeking behavior, alerts, interventions, learner dashboard, path of concept development, real-time analytics
  3. Not all analytics are learning analytics, these are not:
  • Classroom optimization
  • Staff allocation and performance
  • Web analytics, time on pagee this

Open learning analytics architecture (see diagram below)

  • Integrated
  • Modular
  • Extensible

Image(1)

(http://mrees.wordpress.com/2011/10/23/learning-analytics-notes-from-a-talk-by-george-siemens-at-educause-2011/)

 

What are learning analytics?

There are three important sets of learner analytics:

  • The number-driven statistics: time spent on a certain piece of content or the amount of hits generated per content feature
  • The social network analysis (SNA): looks at the interactions between learners and facilitators, and identifies which learners are key participants with links to a lot of other participants (motivation)
  • Quality analysis: looks at the quality of interactions, although this demands a much more elaborate set of rules and algorithms

Why are learning analytics important?

As technology becomes more and more semantic, learning analytics will feel more natural to all. This brings along a lot of future benefits for the facilitator or trainer:

  • Clear indicators to enhance course content. Analytics can point to content that is not understood or is difficult to comprehend (people return more frequently or spend much more time than expected). This allows facilitators to go in and ask how that piece of content can be improved.
  • Pinpointing learners at the verge of dropping out: decreased participation, emotional language used in shared content. All of these can be indicators of future dropouts. Proactively engaging those learners again might give them renewed energy.
  • There are also benefits for the learner:
  •  It helps learners meaningfully filter web content: just imagine that as you learn and you pick up content from the Web or from courses, a learning algorithm locates other content directly related to your interest. This saves time and increases your expertise.
  • It delivers meaningful support: showing weaknesses in your knowledge.
  • It helps you connect to parallel or complementary learner colleagues.
  • It offers guidance for correct participation/quotation/certification.

Tools for learning analytics

The number of learning analytics software tools is growing, but there are still a lot of challenges: security, standards (to be able to filter content across multiple software and hardware options), the semantic web is only just starting (theory looks great, but practical implementation is tough), lack of human understanding of the act of learning in all its fields (neuroscience and cognitive science).

There is a convenient list of tools and links to them on the LAK11 Tools wiki. In addition, here are some of the existing tools for learner analysis or sociograms:

SUMBER : http://www.learningsolutionsmag.com/articles/1026/adding-learning-analytics-to-your-open-online-cloud-course-or-mooc-part-5

 

Posted in Pelbagai | Leave a comment

Kertas Projek Seminar

Perlu menghasilkan kepada 2 bahagian bagi subjek Penyelidikan Pendidikan Komputer iaitu:

1)- Projek Seminar A = Pendekatan Kualitatif -> PROJEK Kualitatif_NEW1

2)- Projek Seminar B = Pendekatan Kuantitatif -> PROJEK kuantitatif

Posted in Pelbagai | Leave a comment

Pengenalan

Pengenalan kepada ICT……

DEFINISI ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan ‘Information and Communication Technology’ yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.

 

DEFINISI MAKLUMAT

Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997), “Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system of encoding a message so that it can be stored, retrieved and manipulated, and functionally it is something that alters a person’s cognitive organisation“.

Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

DEFINISI KOMUNIKASI

Komunikasi pula dirujuk sebagai “The interchange of information, and again may be viewed in terms of the structure of that interchange or its function in affecting people’s understanding and knowledge. Information and communication are, therefore, inextricably linked “(Brown 1997).Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information).

Manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat (Norhayati 2000). Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit, telegraf, modem dan sebagainya.

Perkataaan telekomunikasi pula berasal daripada perkataan Greek ‘tele’ yang bermaksud “sangat jauh”. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.

DEFINISI IT DAN ICT

Istilah IT adalah suatu istilah yang biasa digunakan dan sinonim dengan istilah teknologi komputer. Menurut Longman dictionary of contemporary English (1987), IT didefinisikan sebagai “The science and practice of using computer and telecommunication system to gather, store, apply and transmit information“.

IT boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu perkakasan dan perisian.

 

sumber : http://www.mts.kelantan.edu.my/definisiict.html

Posted in Pelbagai | Leave a comment