Kalendar
May 2012 M T W T F S S « Apr 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 -
Authors
-
Recent Posts
Archives
Categories
Blogroll
Kelas e-pembelajaran Wordpress
UKM's Colleague
Modul Pembelajaran Kendiri Adobe Photoshop
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PHOTOSHOP
(Modul 1 ini menjelaskan topik pengenalan bagi penggunaan alatan asas dalam Adobe Photoshop CS5 (APs CS5). Mengandungi lima topik utama yang menerangkan mengenai perkara asas sebelum memulakan suntingan. Keseluruhan modul ini menerangkan cara-cara untuk mencipta satu bingkai gambar (blended border) )
MODUL 2: PENGGUNAAN ALATAN SELECTION
(Modul 2 menerangkan topik bagi penggunaan alatan pilihan (selection tools) dalam APs CS5. Pengguna akan dapat mempelajari teknik-teknik yang menggunakan alatan seperti Move Tools, Marquee Tools, Lasso Tools, Transformation Edits dan banyak lagi. Alatan pilihan tersebut digunakan untuk mengubah suai saiz sesuatu imej yang dikehendaki, menyalin serta membuat 2 salinan bagi satu imej, menggerakkan imej ke arah lokasi yang dikehendaki dan lain-lain teknik penyuntingan yang menggunakan alatan pilihan tersebut )
MODUL 3 : PENGGUNAAN LAPISAN (LAYERS) DALAM PHOTOSHOP CS5
(Modul 3 menjelaskan mengenai penggunaan lapisan (layer) dalam APs CS5. Penggunaan lapisan ini boleh disunting untuk satu lapisan imej serta pelbagai lapisan imej yang berlainan. Penjelasan lebih jelas mengenai fungsi-fungsi lapisan palet boleh dirujuk pada lampiran A di belakang modul ini. Secara keseluruhannya, modul 3 ini lebih memperincikan kepada suntingan pelbagai lapisan imej termasuk cara mencipta lapisan baru dan menggunakan layer via cut dalam APs CS5 bagi memberi kesan yang lebih efektif terhadap imej yang disunting)
MODUL 4 : MELUKIS DAN CAT DALAM PHOTOSHOP CS5
(Modul 4 ini menumpukan kepada teknik-teknik penyuntingan yang lebih meluas yang mana pengguna akan mempelajari cara untuk melukis serta mengecat menggunakan alatan dalam APs CS5. Pengguna akan didedahkan dengan reka bentuk grafik dan kepentingannya yang perlu dipertimbangkan dalam melakukan aktiviti penyuntingan sesuatu imej. Bagi keseluruhan modul ini, pengguna dapat mempelajari teknik untuk mencipta satu dokumen baru sebagai tapak penyuntingan dan menggunakan alatan cat seperti Gradient Tool, penggunaan Brush Tool, penggunaan pembaris sebagai alatan panduan dalam melukis serta dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam modul 2 dan 3 ke dalam teknik penyuntingan ini)
MODUL 5 : MEMBAIKI KECACATAN PADA IMEJ
(Modul 5 merupakan modul bagi membaiki dan meningkatkan kualiti gambar yang terjejas akibat daripada pencahayaan kamera serta mencipta satu poskad berdasarkan gambar-gambar yang telah dibaiki. Untuk menyempurnakan penyuntingan membaiki kerosakan pada gambar, pengguna akan dipraktikkan menggunakan alatan penyuntingan seperti Retouching Tools, Healing Tools dan Lens Correction Tools. Hasil daripada pembaikan gambar, pengguna akan didedahkan dengan mencipta satu poskad yang ringkas sebagai permulaan penyuntingan)
MODUL 6 : MENGAPLIKASIKAN FILTER DAN PATTERNS PADA MUKA HADAPAN MAJALAH
(Modul 6 merupakan modul terakhir bagi modul APs CS5 ini dan akan diberi penguasaan yang lebih terhadap teknik-teknik penyuntingan. Pengguna akan diberi pendedahan bagi mengaplikasikan Filter dan Pattern terhadap sesuatu imej yang mana kedua-duanya merupakan alatan yang memberi kesan yang lebih menarik. Modul 6 ini akan menerangkan dengan terperinci mengenai penghasilan muka hadapan majalah dengan menggunakan alatan penyuntingan Filter dan Pattern serta kesan persembahan (Rendering) yang eksklusif)
LAMPIRAN A
lampiran A : Fungsi-fungsi tetingkap dan alatan bagi Adobe Photoshop
LAMPIRAN B
Lampiran B : Penggunaan Crop Tool dan Penetapan Saiz Dokumen
Borang Penilaian Modul Pembelajaran Adobe Photoshop mengaplikasikan Teori Beban Kognitif dan Teori Minimalis
Posted in Modul Adobe Photoshop
Leave a comment
Tutorial Adobe Photoshop CS4
Menurut Jamalluddin dan Zaidatun (2001) dan Noraffandy Yahaya & Azilah Binti Arsad (2010), Adobe Photoshop merupakan sebuah perisian pengubahsuaian dan penghasilan imej yang amat dikenali ramai terutamanya di kalangan pereka-pereka grafik digital, cetakan, persembahan multimedia, web dan sebagainya. Photoshop juga merupakan alat terbaik dari Adobe dan digunakan secara meluas oleh pereka grafik, pereka web, jurugambar serta sesiapa sahaja yang bekerja dengan imej. Photoshop adalah suatu perisian yang standard dalam pengeditan imej, pengaruhnya dalam kamus, penggunaannya yang meluas dalam pemprosesan imej digital serta di mana-mana sahaja, kerana apabila kita berfikir untuk menyunting imej, serta–merta berfikir mengenai Photoshop (Ron Graham 2004). Dalam kajian ini merujuk kepada perisian yang digunakan oleh para pelajar dan individu lain yang akan dibimbing langkah demi langkah menggunakan perisian Adobe Photoshop. Penyediaan modul akan lebih menjelaskan dan menerangkan penggunaan perisian Adobe Photoshop dalam bentuk imej serta langkah demi langkah.
Terdapat beberapa modul Adobe Photoshop yang boleh digunakan untuk pembelajaran kendiri.
1)- MODUL ADOBE 1
2)- MODUL ADOBE 2
3)- MODUL ADOBE 3
Posted in Modul Adobe Photoshop
Leave a comment
Proposal
Posted in Pelbagai
Leave a comment








































